Bank Rakyat Personal Loan menawarkan pinjaman peribadi berkaedah islam khususnya kepada Kakitangan Kerajaan dan Swasta Malaysia. Pinjaman Peribadi yang memudahkan pemohon dengan pilihan pembayaran balik melalui BPA (Biro Perkhidmatan Angkasa), potongan dari slipgaji (PGM), pemindahan gaji terus kepada bank dan juga secara tunai.

 
Bank Rakyat Personal Loan Jadual
 

Pinjaman Bank Rakyat Personal Loan adalah sehingga 35 kali gaji kasar bulanan atau maksimum sehingga RM 200,000 malah terpulang kepada pendapatan pemohon dan juga pemotongan yang sedia ada dengan bank-bank yang lain termasuk ansuran dari syarikat kredit. Kelayakan untuk bulanan Bank Rakyat Personal Loan adalah sehingga 60% dari potongan sedia ada pada slipgaji yang terkini.

Bank Rakyat Personal Loan Kakitangan Kerajaan

  • Kelayakan sehingga RM 200,000
  • Tempoh Pinjaman sehingga 10 tahun
  • Perlindungan Insuran Takaful
  • Perlu warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun semasa tamat pinjaman
  • Berkhidmat untuk minima 3 bulan dengan pendapatan RM 1,000 ke atas termasuk Elaun Tetap
  • Pinjaman sehingga 35 kali gaji kasar bulanan

 
bank-rakyat-personal-loan-semak-kelayakan

Kadar Faedah

  • Kadar Rata Tetap 4.54% (1-3 tahun)
  • Kadar Rata TetapĀ 4.99% (3-10 tahun)

Sila rujuk kepada jadual kadar dibawah untuk keterangan terperinci :

Bank Rakyat Personal Loan Rate Chart 1

Bank Rakyat Personal Loan Kakitangan Swasta

  • Kelayakan sehingga RM 150,000
  • Tempoh Pinjaman sehingga 10 tahun
  • Pilihan untuk Perlindungan Insuran Takaful
  • Perlu warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun semasa tamat pinjaman
  • Berjawatan Tetap dengan pendapatan RM 2,000 ke atas termasuk Elaun Tetap
  • Pinjaman sehingga 25 kali gaji kasar bulanan

Kadar Faedah

  • Kadar Rata Tetap 4.95% (1-3 tahun)
  • Kadar Rata Tetap 5.44% (3-10 tahun)

Sila rujuk kepada jadual kadar dibawah untuk keterangan terperinci :

Bank Rakyat Personal Loan Rate Chart 2

Nota Rujukan :

  • Kadar asas (KA) semasa ialah 3.85%
  • Tambahan kadar keuntungan sebanyak 1.5% atas kadar keuntungan semasa untuk pinjaman peribadi tanpa takaful

Dokumen Bank Rakyat Personal Loan

  • Kad Pengenalan warganegara
  • 3 bulan Slipgaji terkini
  • 3 bulan Penyata Bank dengan butiran gaji masuk
  • Surat Pengesahan Majikan atau Borang EA
  • Penyata EPF atau KWSP yang terkini untuk swasta

Bolehkah anda memohon Bank Rakyat Personal Loan jika ada rekod CCRIS atau CTOS yang tidak memuaskan? Anda dinasihati untuk menjelaskan sebarang bayaran pinjaman yang tertunggak sebelum pemohonan untuk mendapat kelulusan yang mudah dan cepat.

Bank Rakyat Personal Loan adalah pinjaman peribadi tidak bercagar atau tanpa memerlukan sebarang gadaian asset dan tanpa penjamin. Segala jenis Pinjaman Peribadi yang ditawarkan oleh Bank Rakyat adalah berkonsep Tawarruq atau berkaedah islam dan bebas daripada sebarang bayaran pendahuluan.

 

bank-rakyat-personal-loan-semak-kelayakan

Save

Save

error: