Q1. Adakah Bank Rakyat Personal Loan berkadar tetap?
Ya, Pinjaman Peribadi Bank Rakyat adalah berkadar tetap 4.54% – 4.99% untuk Kakitangan Kerajaan dan berkadar tetap 4.95% – 5.44% untuk Swasta.
 
Q2. Bolehkah saya ketahui kelayakan maksimum yang ditawar oleh Bank Rakyat Personal Loan?
Kelayakan maksimum adalah sehingga 35 kali gaji kasar bulanan atau sehingga RM 200,000.
 
 
Q3. Bolehkan saya dapatkan jadual pengiraan kadar Bank Rakyat Personal Loan?
Boleh, sila rujuk kepada jadual kadar faedah di sini
 
Q4. Apakah gaji minima yang diterima untuk pemohonan?
Gaji minima yang diterima adalah RM 1,000 dan keatas termasuk elaun tetap.
 
 
Q5. Bolehkah saya membuat pemohonan online?
Tidak, selepas mengenal pasti bulanan dan kelayakan pinjaman, pemohon harus ke cawangan Bank Rakyat untuk memohon.
 
Q6. Boleh saya dapatkan alamat cawangan Bank Rakyat yang berdekatan dengan lokasi saya?
Ya, sila rujuk kepada carian lokasi untuk cawangan terdekat di seluruh Malaysia.
 
 
Q7. Jika potongan di slipgaji saya telah melebihi 60%, bolehkah saya memohon?
Tidak, kelayakan pada slipgaji harus mengikut garis panduan BNM atau dibawah 60%.
 
Q8. Adakah pemohonan Bank Rakyat Personal Loan perlu penjamin?
Tidak memerlukan penjamin.
 
 
Q9. Perlukah saya membayar caj pendahuluan semasa memohon?
Tidak perlu, Bank Rakyat Personal Loan adalah pinjaman peribadi tak bercagar atau tanpa memerlukan sebarang gadaian aset atau bayaran pendahuluan.
 
Q10. Jika saya ada rekod CCRIS dan CTOS, bolehkah saya memohon?
Anda dinasihati untuk menjelas tunggakan pinjaman untuk mendapat kelulusan yang mudah dan cepat.

 
 
bank-rakyat-personal-loan-semak-kelayakan

error: